Freud mengenalpasti lima tahap perkembangan psikoseksual. Menurut beliau tahap-tahap dalam perkembangan psikoseksual ini ditentukan oleh objek atau aktiviti yang diperlukan untuk mencapai kepuasan desakan pada tahap tertentu. Freud berpendapat bahawa naluri seks atau naluri untuk mendapatkan keseronokan adalah merupakan tenaga yang paling penting dalam menentukan tingkahlaku seseorang. Naluri seksual ini dikenali sebagai eros dan tenaga yang datang daripadanya dipanggil tenaga libido. Dimana libido berada di tempat tertentu di tubuh badan mengikut tahap mana seseorang itu berada.
Kelazatan ini akan diperolehi ketika kanak-kanak apabila melalui tahap perkembangan tertentu dan harus diperolehi pada sesuatu ruang masa yang tertentu. Jikalau ia tidak mendapat kelazatan tersebut, maka ia akan terlekat pada tahap perkembangan tersebut dan semasa dewasa, dan ia akan berusaha sedaya upaya untuk memperolehi kelazatan tersebut.
Tahap Oral (0 – 1 ½ tahun).
Selepas kita baru dilahirkan, aktiviti mulut adalah merupakan pusat utama bagi keseronokan bayi. Pada tahap ini, kanak-kanak akan memperolehi kelazatan daripada menghisap dan mengulum barangan (peringkat menghisap) dan kemudiannya akan menggigit objek yang keras (peringkat menggigit). Aktiviti-aktiviti ini amat berkaitan dengan isu-isu seperti kepuasan zon mulut, kepercayaan, kebergantungan dan kebebasan.
Freud berpendapat bahawa, samada ketidakpuasan atau terlalu puas dengan keperluan ini akan membawa kepada lekatan. Lekatan berlaku apabila seseorang individu leka dengan satu-satu aspek perkembangan psikoseksual yang mengakibat akan mengganggu individu tersebut pada tahap selanjutnya. Antara mereka yang tidak mendapat kepuasan zon mulut semasa kecil mereka akan menjadi agresif terutamanya dari segi pertuturan dan mempunyai sikap oral yang tidak digemari masyarakat seperti mengumpat, suka memaki, menengking dan sebagainya. Manakala bagi mereka yang berjaya pada tahap ini akan dapat mempercayai orang lain serta tidak terlalu bergantung pada orang lain.
Wednesday, February 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment