Friday, March 16, 2007

ISU-ISU SEMASA BERKAITAN PERKEMBANGAN BERDASARKAN LIMA TAHAP PSIKOSEKSUAL


1. Tahap Oral
· Perokok
Individu yang terlibat dengan gejala merokok kebanyakannya berpunca daripada lekatan pada tahap ini. Di mana individu ini tidak dipuaskan keinginannya seperti lambat diberi makanan.

2. Tahap Anal
· Tingkah laku Agresif/ Kes Jenayah
Kes-kes jenayah yang berlaku pada individu adalah berpunca
daripada faktor dalaman daripada pembawaan pada zaman
kanak-kanak sehinggalah ke tahap dewasa.
· Kebanyakkan permasalahan yang wujud di dalam diri individu
itu berpunca daripada ibu bapa mereka yang kurang memberi perhatian terhadap cara pembuangan najis kepada anak-anak mereka. Ini akan mengembangkan sikap panas baran, agresif dan suka melepaskan perasaan sehinggalah usia dewasa dengan melakukan pelbagai jenayah.

3. Tahap Kubul
· Sumbang Mahram
Pada tahap inilah terjadinya Kompleks Oedipus dan Elektra, pada zaman kanak-kanak mereka pada mulanya hanya mempunyai perasaan berahi kepada ibu atau bapa namun mereka terpaksa beridentifikasi dengan ibu atau bapanya. Perasaan ini dipendamkan dan di bawa ke tahap dewasa akan mengakibatkan berlakunya hubungan abnormal ini.




4. Tahap Pendaman
· Hubungan Sosial
Pada peringkat awal semasa zaman kanak-kanak tingkah laku untuk bersosial sudah mula berkembang sedikit demi sedikit bermula dari alam persekolahan lagi. Dan apabila meningkat usia remaja mereka sudah pandai berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling, melalui interaksi sosial ini boleh memberi impak yang negatif atau positif pada individu tersebut.


5. Tahap Genital
· Pembinaan Kerjaya yang Mantap dan Pembinaan Institusi Kekeluargaan.
Dimana apabila mengecapi tahap kematangan, maka individu akan mengejar matlamat hidup mereka bagi memperolehi kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya serta stabil. Dimana mereka akan membina suatu pekerjaan yang tetap dan mencari pasangan hidup bagi membentuk keluarga.

Wednesday, March 14, 2007

Kritikan

Walaupun Sigmund Freud merupakan antara ahli psikologi yang terawal, namun, kajian beliau turut mendapat kritikan daripada ahli-ahli psikologi lain. Satu kritikan asas ialah Freud selalu mengumpul data kajiannya dengan mengguna kaedah kajian kes. Di mana pengkaji-pengkaji lain tidak setuju dengan kaedah ini. Hal ini kerana pemerhatian daripada kajian ini tidak objektif dan keputusan tidak boleh digeneralisasikan.

Selain itu, pengkaji-pengkaji mendapati rata-rata konsep Freud seperti id, ego, superego, naluri mati, libido dan kerisauan, tidak dapat dibuktikan dengan kaedah eksperimen. Manakala beberapa konsep lain dapat dibuktikan dengan kaedah eksperimen, iaitu karekter tahap oral dan anal serta konsep segitiga Oedipal. Malah keputusannya menyokong pernyataan Freud.

Carl Jung yang sepatutnya menjadi pewaris teori Freud, telah mempelopori teori sendiri selepas memutuskan 6 tahun persahabatan dengan Freud. Jung melihat dengan lebih mendalam lagi terhadap pandangan personality. Beliau mengkritik Freud yang menekankan hanya perkara lepas dapat membentuk personality seseorang. Jung mempercayai bahawa kita berkembang dan mendewasa tidak kira umur, di mana Freud pula menyatakan bahawa personality hanya dibentuk sampai umur 5 tahun. Freud juga melihat manusia sebagai banduan kepada pengalaman lepas, tetapi Jung menambahkan bahawa manusia tidak hanya dipengaruhi oleh pengalaman lepasnya tetapi juga aspirasinya untuk masa depan.

Seorang lagi ahli psikologi bernama Erich Fromm, bersetuju dengan Freud bahawa 5 tahun yang dahulu dalam kehidupan adalah penting. Namun, Fromm tidak percaya bahawa personality akan menjadi kukuh pada umur itu. Beliau menyatakan bahawa perkara-perkara yang berlaku kemudian dalam kehidupan juga mampu mempengaruhi personality seseorang.

Seterusnya, Erik Erikson, seorang ahli psikologi yang dilatih oleh anak Sigmund Freud, Anna Freud, menyokong teori Freud dengan menambah lagi kepada kajian beliau. Pertama sekali, Freud menekankan zaman kanak-kanak seseorang dan personality dibentuk pada umur 5 tahun. Tetapi, Erikson melihatkan pembentukan personality sepanjang hayat seseorang. Kedua, penekanan Freud terhadap ego berbanding dengan id. Erikson pula berpendapat bahawa ego ialah satu bahagian yang berdikari dan bukan bergantung kepada id. Ketiga, Erikson mengenali impak budaya dan sejarah terhadap personality.

Secara keseluruhannya, Sigmund Freud telah menyumbang dalam bidang psikologi. Beliau membolehkan kita melihat perkembangan psikologi semasa zaman kanak-kanak. Walaupun mendapat kritikan daripada ahli psikologi lain, akan tetapi pencarian Freud telah menyediakan satu asas untuk dikaji dengan lebih mendalam.