Wednesday, February 28, 2007

Soalan-soalan subjektif tentang teori Freud

SOALAN SUBJEKTIF

1. Terangkan lima tahap perkembangan yang ditekankan di dalam teori perkembangan psikoseksual Freud secara ringkas?

2. Apakah konflik yang berlaku pada perkembangan tahap phallic dan kesannya
terhadap personaliti dewasa?

3. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa yang menunjukkan mereka
telah terlekat pada tahap oral dan anal.


Jawapan

1. Lima tahap perkembangan psikoseksual Freud;
i. Tahap oral (mulut)\
-dari lahir hingga dua tahun.
-sumber keseronokan ialah mulut, iaitu menghisap, mengunyah,
ii. Tahap anal (dubur)
-dari umur 18 bulan hingga 4 tahun.
-tumpuan tenaga libido pada otot yang kawal proses pembuangan-
‘toilet training’.
iii. Tahap phallic (zakar)
-dari usia 4 hingga 5 tahun.
-berlaku konflik Kompleks Oedipus dan Kompleks Elektra
iv. Tahap latency (pendaman)
-naluri seksual dipendamkan ditahap prasedar.
-Kawan sesame jenis
v. Tahap genital (remaja&dewasa)
-baligh serta tubuh badan alami kematangan fisiologi
-hubungan antara jantina memuaskan.

2. Konflik yang berlaku ketika tahap phallic dan kesannya terhadap dewasa ialah:
a) kompleks Oedipus
Kanak-kanak lelaki akan bersaing dengan bapa untuk dapatkan kasih sayang ibu, rasa cemburu serta bermusuhan terhadap bapa. Untuk kawal tingkah laku ini kanak-kanak lelaki belajar identifikasi dirinya dengan bapa.

b) kompleks Elektra
Bapa objek kasih sayang kanak-kanak perempuan, salahkan ibu dan dan cuba ambil tempat ibu. Merasakan kedudukan mereka rendah dan lahir sifat cemburu.

Konflik ditahap ini dan penyelesaiannya tentukan perhubungan dan sikap dewasa terhadap jantina berlainan. Kalau ia tidak berkesan akan hasilkan personality narsistik yang inginkan perhatian, pujian, sombong dan menunjuk-nunjuk. Masing-masing lelaki dan perempuan akan tampilkan kelakian dan kewanitaan untuk manipulasi dan tawan mereka daripada jantina yang lain.

3. Individu dewasa yang terlekat pada 2 tahap ini;
a) Oral
Jika terlalu dipuaskan, personality dewasa menjadi terlalu bergantung dan mudah mempercayai orang lain. Sebaliknya jika terlalu dipuaskan akan menjadi individu dewasa yang pesimis dan sering merasa tidak selamat serta kuat merokok.
b) Anal
Jika ibu bapa mengenakan disiplin terlalu ketat kepada kanak-kanak, mereka akan mengalami konflik autonomi iaitu merasakan ada orang lain yang lebih berkuasa ke atas dirinya. Ini akan membawa kepada tingkah laku bergantung di masa dewasanya.
Sebaliknya, jika tiada halangan langsung, personality ‘anal aggressive’ akan berkembang seperti panas baran, agresif dan suka melepaskan perasaan.

Soalan-soalan objektif tentang teori Freud

SOALAN OBJEKTIF

1. Apakah teori yang dipelopori oleh Sigmund Freud?
A. Psikososial
B. Psikoanalisis
C. Neopsikoanalisis

2. Yang mana satu dilabel oleh Freud sebagai proses pemikiran primer?
A. Id
B. Ego
C. Superego

3. Bahagian yang manakah menekankan kesempurnaan moral?
A. Id
B. Ego
C. Superego

4. Yang mana satu bukan sebahagian daripada superego?
A. Hati nurani (conscience)
B. Prinsip keseronokan (pleasure principle)
C. Keunggulan ego (ego ideal)

5. Bahagian manakah yang menyebabkan kanak-kanak dapat menahan masalah anal sehingga mereka sampai ke tandas?
A. Id
B. Ego
C. Superego

6. Pada tahap manakah naluri seks menjadi dominan?
A. Latency
B. Phallic
C. Genital

7. Pada tahap manakah kanak-kanak mula bergaul dengan rakan sama jantina dan hubungan dengan ibu bapa menjadi stabil?
A. Latency
B. Phallic
C. Genital

8. Apakah kecendorong dalam kajian Sigmund Freud?
A) Kesedaran manusia
B) Keseparuhan kesedaran manusia
C) Ketidak sedaran manusia

9. Pada stuktur personality yang mana satukah merupakan bahagian tidak sedar?
A) Id
B) Ego
C) Superego

10. Menurut Freud, semua tingkah laku adalah didorong oleh___________.
A) Id
B) Ego
C) Superego

11. Mengikut teori Sigmund Freud, personaliti dewasa manusia terbentuk pada umur berapa?
A) 3
B) 5
C) 7

12. Jika seseorang remaja tidak menjaga kebersihan bilik tidurnya, mengikut Freud pada tahan perkembangan manakah tidak dimuaskan?
A) Oral
B) Anal
C) Phallic

13. Yang mana satukah merupakan contoh personaliti penahanan Anal? Kecuali.
A) Kedekut
B) Terlalu kemas
C) Suka bercakap

14. Apakah cirri-ciri yang dikatakan seseorang telah mencapai tahap yang terakhir iaitu tahap genital?
i Tubuh badan mengalami kematang.
ii Pemikiran sedang berkembang secara tidak anjal.
iii Tidak mengalami kecelaruan.

A) i dan ii
B) ii dan iii
C) i dan iii

15. Pada peringkat yang manakah manusia itu akan mempunyai kepuasan daripada mulut?
A) Tahap Anal
B) Tahap Oral
C) Tahap Latency

16. Kompleks oedipus berlaku pada_______apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ________nya
A) Kanak-kanak perempuan,bapa
B) Kanak-kanak lelaki,bapa
C) Kanak-kanak lelaki,ibu

17. Kompleks elektra berlaku pada_______apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ________nya
A) Kanak-kanak perempuan,bapa
B) Kanak-kanak lelaki,bapa
C) Kanak-kanak lelaki,ibu

18. Peringkat falik yang paling kritikal ini akan menentukan kepesatan_________yang berkembang dalam diri seorang individu.
A) Mulut
B) Otak
C) Seksual

19. Menurut teori psikologi perkembangan Freud, pada peringkat manakah individu mula dengan peranan sosialisasi,perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikaninteraksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional?
A) Tahap Genital
B) Tahap Dewasa
C) Tahap Phallic

20. Pada peringkat manakah manusia itu harus dijaga dengan baik supaya dia tidak termakan bahan yang merbahaya?
A) Tahap Oral
B) Tahap Anal
C) Tahap Latency

21. Pada peringkat manakah kes merogol paling mungkin berlaku?
A) Tahap Phallic
B) Tahap Latency
C) Tahap Genatal

Jawapan
1. B 2. A 3. C 4. B 5. B 6. A 7. A 8. C 9. A 10. A 11. B 12. B 13. C 14.C 15. B 16. C 17. A 18. C 19. A 20. A 21. B

Wednesday, February 14, 2007

Tahap Psikoseksual Freud

Freud mendapati bahawa personality seseorang itu menjadi unik disebabkan oleh hubungan anak dengan ibu bapa. Freud juga menegaskan bahawa personailty individu telah dibentuk dan menjadi kukuh pada umur ke 5. Menurut Freud, setiap individu mesti akan melalui kelima-lima peringkat yang telah dihuraikan di bawah iaitu tahap oral, anal, phallic, latency dan genital. Ada kalanya seseorang itu tidak dapat pergi ke tahap lain kerana ada konflik yang belum diselesaikan. Konflik ini dipanggil fixation.
"fixation is a portion of libido or psychic energy remains invested in that developmental stage, leaving less energy for the following stages."

Kesimpulannya, Freud menegaskan kepentingan 5 tahun pertama dalam zaman kanak-kanak setiap individu kerana ia banyak mempengaruhi personality pada dewasa nanti. Menurut Freud, personality kami sebagai seorang dewasa - iaitu bagaimana kami bertingkah laku, berfikir dan berasa - ditentukan oleh konflik yang dilalui semasa zaman kanak-kanak.

Tahap Genital

Tahap genital- pemantapan {remaja & dewasa)
Ia adalah tahap sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan.
Jika tiada berlaku lekatan pada mana-mana tahap berkembang sempurna sebagai individu normal dan hubungan antara jantina memuaskan.

Tahap Pendaman (latency)

Tahap pendaman (latency)- {5 – 6 thn}

-naluri seksual dipendamkan ditahap prasedar. Salurkan pd aktiviti sek, minat dan sukan.
-kawan sesama jenis
-naluri seksual dormant dan tidak aktif. Bukan tahap perkembangan psikoseksual.

Mengikut Teori Freud, tahap Latency adalah antara umur 5 hingga akil baligh. Freud berpendapat bahawa tahap oral, anal dan phallic adalah tahap di mana personaliti dewasa kebanyakannya telah dibentuk. 3 struktur utama personaliti dalam teori Freud (id, ego, superego) telah dibentuk pada umur 5 tahun dan hubungan antara id, ego dan superego adalah kukuh pada tahap tersebut.

Maka, pada tahap Latency, kanak-kanak dan juga ibu bapa “berehat” seketika di mana hubungan mereka lebih stabil, tidak seperti semasa tahap phallic iaitu semasa berlaku Oedipus-complex. Pada tahap inilah, naluri seks adalah dominan. Kanak-kanak meluang lebih masa dalam aktiviti sekolah, hobi baru dan aktiviti sukan serta bergaul atau membina hubungan rapat dengan rakan daripada jantina yang sama.

Tahap Phallic

Tahap Phallic (zakar)- { 4 – 5 tahun}

Menumpukan kepuasan libido –alat kelamin, konflik antara impuls id dan kehendak masyrakat.
Ingin tahu perbezaan antara alat kelamin lelaki atau perempuan, proses kelahiran.
Zaman akhir kanak-kanak, konflik yang paling sukar untuk diselesaikan, berlaku kompleks oedipus atau kompleks elektra iaitu keinginan tidak sedar kepada ibu bapa berlainan jantina.

i) Kompleks oedipus- kanak-kanak lelaki bersaing dengan bapa untuk dapatkan kasih sayang ibu, rasa cemburu dan bermusuhan terhadap bapa.
Selari dengan itu perasaan takut pada bapa yang dirasakan mungkin akan marah dan bimbang di kasi (castration anxiety). Untuk kawal tingkah laku ini kanak-kanak lelaki belajar identifikasikan dirinya dengan bapa.
ii) Kompleks elektra- bapa objek kasih sayang kanak-kanak perempuan. Salahkan ibu dan cuba ambil tempat ibu.
Rasa kedudukan rendah, lahirkan sifat cemburu zakar (penis envy) kerana percaya alat lelaki lebih penting.
Menurut Freud, konflik ini tidak dapat diselesaikan keseluruhanya yang sebab pembentukan superego dikalangan wanita tidak sempurna.
Konflik ditahap ini & penyelesaiannya menentukan perhubungan dan sikap dewasa terhadap jantina berlainan. Kalau tidak berkesan, ia akan menghasilkan personaliti narsistik yang inginkan perhatian, pujian, sombong dan menunjuk-nunjuk. Masing-masing lelaki dan wanita tampilkan kelelakian dan kewanitaan uutuk memanipulasi dan tawan mereka daripada lain jantina.

Tahap Anal

Tahap anal (Dubur) 18 bln – 4 thn)
Tumpuan tenaga libido pd otot yg kawal proses pembuangan. Pertama kali kk dpti kepuasan impuls idnya dikawal oleh I/bapa dari segi masa & tempat pembuangan (toilet training).
Konflik ant. Kk & I/bapa & kk belajar bah dia ada senjata sama ada utk patuh atau x pd kehendak I/bapa. 2 kesan jika tahap ini x berjln lancar:

1. Membuang ditmpt & masa x sesuai (I/bapa marah). Jika kk dpt kepuasan dgn cara ini mungkin btk P anal agresif yg merupakan dasar kpd t/l hostile & sadistik dewasa.

2. Tahan proses pembuangan- ini hasilkan keseronokan erotik pd kk & merupakan satu teknik utk manipulasi I/bapa. Secara x langsung dpt tarik perhatian & kasih syg. Ianya jadi asas perkbgan P penahanan dubur ( kedekut, degil, terlalu kemas, rigid & tekun)

Tahap Oral

Freud mengenalpasti lima tahap perkembangan psikoseksual. Menurut beliau tahap-tahap dalam perkembangan psikoseksual ini ditentukan oleh objek atau aktiviti yang diperlukan untuk mencapai kepuasan desakan pada tahap tertentu. Freud berpendapat bahawa naluri seks atau naluri untuk mendapatkan keseronokan adalah merupakan tenaga yang paling penting dalam menentukan tingkahlaku seseorang. Naluri seksual ini dikenali sebagai eros dan tenaga yang datang daripadanya dipanggil tenaga libido. Dimana libido berada di tempat tertentu di tubuh badan mengikut tahap mana seseorang itu berada.

Kelazatan ini akan diperolehi ketika kanak-kanak apabila melalui tahap perkembangan tertentu dan harus diperolehi pada sesuatu ruang masa yang tertentu. Jikalau ia tidak mendapat kelazatan tersebut, maka ia akan terlekat pada tahap perkembangan tersebut dan semasa dewasa, dan ia akan berusaha sedaya upaya untuk memperolehi kelazatan tersebut.

Tahap Oral (0 – 1 ½ tahun).
Selepas kita baru dilahirkan, aktiviti mulut adalah merupakan pusat utama bagi keseronokan bayi. Pada tahap ini, kanak-kanak akan memperolehi kelazatan daripada menghisap dan mengulum barangan (peringkat menghisap) dan kemudiannya akan menggigit objek yang keras (peringkat menggigit). Aktiviti-aktiviti ini amat berkaitan dengan isu-isu seperti kepuasan zon mulut, kepercayaan, kebergantungan dan kebebasan.
Freud berpendapat bahawa, samada ketidakpuasan atau terlalu puas dengan keperluan ini akan membawa kepada lekatan. Lekatan berlaku apabila seseorang individu leka dengan satu-satu aspek perkembangan psikoseksual yang mengakibat akan mengganggu individu tersebut pada tahap selanjutnya. Antara mereka yang tidak mendapat kepuasan zon mulut semasa kecil mereka akan menjadi agresif terutamanya dari segi pertuturan dan mempunyai sikap oral yang tidak digemari masyarakat seperti mengumpat, suka memaki, menengking dan sebagainya. Manakala bagi mereka yang berjaya pada tahap ini akan dapat mempercayai orang lain serta tidak terlalu bergantung pada orang lain.