Monday, January 29, 2007

pengenalan

Sigmund Freud (6 Mei 1856-23 Septenber 1939) adalah seorang tokoh yang mempelopori teori Psikoanalisis dalam bidang psikologi. Dalam teori ini, pemikiran tidak sedar merupakan bahagian yang terbesar dalam tingkah laku seseorang. Ia tertarik pada hipnotis dan penggunaannya untuk membantu pesakit mental. Ia kemudian meninggalkan hipnotis untuk asosiasi bebas dan analisis mimpi untuk mengembangkan sesuatu yang kini dikenal sebagai "ubat dengan berbicara".

Struktur Personaliti Sigmund Freud
1. Id- correspond dengan bahagian tidak sedar dipenuhi dengan naluri dan libido. Ia adalah sesuatu yang telah sedia ada.
- struktur personaliti yang kuat yang disediakan dan disalurkan tenaga pada ego dan superego.
-berkaitan secara langsung dengan kepuasan keinginan fisiologi tidak disedari dan terpendam dalam diri.
-beroperasi atas prinsip keseronan dan kurang kesakitan (hedonisma)
-kepuasan & keseronokan segera dan tidak tolerate kelewatan atau penangguhan pencapaian keseronokan, tidak kira peraturan atau pertimbangan.
-Ia mementingkan diri, cari keseronokan, primitif, tidak berasaskan moral, ikut nafsu dan mendesak.
-Tidak sedar tentang realiti seperti bayi.
-Kepuasan dicapai melalui tindakan refleks, khayalan atau fantasi iaitu proses pemikiran primer.

2. Ego-wujud di tahun pertama. Aspek personaliti yang rasional yang arah dan kawal tingkah laku berdasarkan prinsip realiti. Pertimbangan dalam menentukan bila dan bagaimana id boleh dipenuhi ikut cara rasional & ditentukan oleh masyarakat.
-Ia tidak menghalang id tetapi cuma kawalan supaya ikut rasional dan diterima masyarakat. Kanak-kanak diajar buat pertimbangan yang betul (proses pemikiran sekundar)
- Seimbangkan dan leraikan desakan bertentangan antara id dan superego (untuk wujudkan homeostasis)
-Untuk menghalang dan mengawal id dari dijelmakan gunakan mekanisma bela diri.
- Wuujud pada tahap sedar & prasedar.

3. Superego (5-6 tahun)- aspek moral prinsip keunggulan yang dipelajari daripada Ibu bapa dan masyarakat. (dendaan pujian dan pemerhatian contoh-dontoh tingkah laku).
- Menekankan kesempurnaan moral halang langsung kehendak id. Ada 2 bahagian: a) hati nurani (conscience) dipelajari drp tingkah laku didenda wujud rasa bersalah jika lakukan tingkah laku yang bertentangan moral.
- Keunggulan ego terbina bila tingkah laku baik dapat pujian. Teori-teori Freud, dan caranya mengubati penyakit, menimbulkan kontroversi di Wina abad kesembilan belas, dan masih diperdebatkan sengit di masa kini. Gagasan Freud biasanya dibahas dan dianalisis sebagai karya sastera, filsafat, dan budaya umum, selain sebagai debat yang berterusan sebagai risalah ilmiah dan kedokteran.